Di bulan yang mulia,di bulan yang barakah,di bulan yang mana pintu api neraka di tutup dan pintu syurga di buka masih ramai lagi yang tidak tahu menghormati bulan yang sangat di muliakan Allah s.w.t sehinggakan di dalam Al Quran hanya menyebut "Ramadhan" dan tidak ada sebut di dalam Al Quran bulan-bulan lain seperti muharam,syawal dan jauh sekali bulan januari,mac dan sebagainya.
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa."
(Surah al-Baqarah )
Syaitan Di Ikat?
Kebiasaannya tazkirah di surau dan di masjid sebelum tiba ramadhan,penceramah / ustaz akan membaca hadis nabi s.a.w yang berbunyi Daripada Abu Hurairah r.a, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila menjelmanya Ramadan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan. (riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kenapa masih lagi berlaku kemungkaran?Menurut hadis,jelaslah bahawa syaitan di ikat dan di rantai pada bulan ramadhan tetapi yang masih bebas melakukan kemungkaran bukanlah lagi hasutan syaitan tetapi hawa nafsu yang menguasai diri.Di dalam bulan ramadhan,orang yang hawa nafsunya tidak di kawal,mereka itulah yang menderhaka kepada Allah s.w.t..Allhualam..
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Al Imran : 9 )
No comments:
Post a Comment