"Semakin Dekat Dengan Allah
Semakin Kuat Dugaan Yang Datang"
Ini kerana Allah hendak menguji tahap kesabaran kita dan tahap keimanan kita.Ana pernah dengar seorang ustaz ni cakap masa ceramahnya,Allah akan menguji hamba-hambaNya yang dekatkan diri kepadaNya kerana Allah hendak menguji tahap kesabaran dan imannya.Adakah imannya sekadar terikut dengan orang lain atau sebaliknya kerana katanya lagi,iman zaman sekarang ni banyak terikut ikut.
Allah berfirman yang bermaksud:
Jika kita sabar dan terus bersujud pada Allah ,nescaya Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai pada hambaNya yang bersabar menerima ujianNya.Mungkin sukar dan susah untuk terima ujian dariNya tetapi menangislah dan luah padaNya kerana Allah Maha Penyayang..Yakin dan Percayalah..Ada ganjaran disebalik kesabaran hambaNya.“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)
Jangan berpaling dan mengeluh..Terus sembah,bertasbih dan dekatkan diri denganNya walau macam mana sekalipun ujian yang datang.Semoga Allah tempatkan kita di syurga kelak bersama sama dengan orang yang bersabar dan para anbiya'.Insya Allah..
No comments:
Post a Comment