Followers

Tuesday

Sajak Solat


Jika dahi tak pernah mencecah sejadah di dunia...

> Bersihlah kamu sebelum kamu dibersihkan,
 > Berwudu' lah kamu sebelum kamu diwudu'kan
 > Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan
 > Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
 > Dengan kain kafan yang serba putih
 > Pada waktu itu tak guna lagi berseri
 >
 > Walau orang hadir itu merintih
 > Selepas itu kau akan diletakkan ke lantai
 > Lalu dilaksanakan solat jenazah
 > Dengan 4 kali takbir dan satu salam
 > Beserta fatihah, salawat dan doa
 > Sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
 > Tapi apakah dengan 4 kali takbir itu
 > Dapat menebus dosa solat yang ditinggalkan
 > Seumur hidup
 > Apakah dengan solat tanpa ruku' dan sujud itu
 > Dapat membayar hutang ruku' dan sujud
 > Yang telah luput
 > Sungguh tertipulah dirimu jika berfikir begitu
 > Justeru ku menyeru sekalian muslimin muslimat
 >
 > Usunglah dirimu untuk solat
 > Sebelum engkau diusung ke liang lahat
 > Menjadi makanan cacing dan ulat
 > Dirimu ke masjid
 > Tangisilah dosa-dosamu di dunia
 > Kerana tangisan tidak berguna di alam barzah
 >
 > Sucilah kamu sebelum kamu disucikan
 > Sedarlah kamu dengan panggilan Izrail
 > Yang menakutkan
 > Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
 > Kerana ia berguna untuk yang tinggal
 > Dan bukan yang mati
 > Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
 >
 > Namun ketika itu istighfar tak dapat menyelamatkan
 > Ingatlah di mana jua kau berada
 > Kau tetap memijak bumi Tuhan
 > Dan dibumbungi langit Tuhan
 > Serta menikmati rezki Tuhan
 > Justeru bila Dia menyeru sambutlah seruannya
 >
 > Sebelum Dia memanggil buat kali yang terakhir
 > Ingatlah kamu dijadikan dari setitis air
 > Yang tidak bererti
 > Lalu menjadi segumpal darah
 > Lalu menjadi seketul daging
 > Lalu daging itu membentuk tulang-tulang
 > Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
 >
 > Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
 > Yang kalau jatuh ke tanah
 > Ayam tak patuk itik tak sudu
 > Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
 > Yang lebih agung dari malaikat
 > Lahirmu bukan untuk dunia
 > Tapi mulakanlah untuk melayar bahtera akhirat
 >
 > Sambutlah seruan haiya `alalsolah
 > Dengan penuh rela dan bersedia
 > Sahutlah seruan haiya `alalfalah
 > Jalan kemenangan akhirat dan dunia
 > Ingatlah yang kekal ialah amal
 > Menjadi bekal sepanjang jalan
 > Menjadi teman di perjalanan
 > Untuk kembali kepangkuan Tuhan
 >
 > Pada hari itu
 > Tiada berguna harta, tahta, dan putra
 > Isteri, kad kredit dan kereta
 > Kondominium, saham dan niaga
 > Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia
 > Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk

    bertaubat.


IKiM.fm

No comments:

Post a Comment