Selama ni ana tertanya tanya kenapa Malam Lailatul Qadar hanya umat Nabi s.a.w yang dapat,tidak terdapat keistimewaan ini pada umat-umat lain.Kenapa?
Apa yang ana tahu apabila baca kisah-kisah nabi yang terdahulu,umur-umur umat terdahulu panjang.Contoh seperti yang diriwayatkan dalam buku dan kitab-kitab,usia Nabi Adam a.s 930 tahun,usia Nabi Nuh a.s cecah sehingga 950 tahun,usia Nabi Ibrahim 195 tahun.Umur-umur umat terdahulu panjang sedangkan umur umat Nabi Muhammad s.a.w sekitar 60-70 tahun.Nabi S.A.W wafat pada usia 63 tahun,beza dengan Nabi-Nabi terdahulu.
Sehingga ada diriwayatkan,Nabi s.a.w menangis kerana jika hendak dibuat pertandingan ibadat,sah dan soheh umat terdahulu menang kerana usia mereka panjang sehingga cecah 600-700 tahun.Sedangkan umat Nabi Muhammad s.a.w pendek usianya.
Lailatul Qadar
Allah s.w.t maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Kelebihan malam lailatul qadar seperti yang tertulis didalam Al Quran ,"sesiapa yang beribadat dimalam Lailatul Qadar,ibadatnya seperti 1000 bulan".Walaupun usia umat Nabi S.A.W tidak panjang,tetapi inilah kelebihan yang Allah berikan pada Umat Rasulullah.Ibadat dimalam Lailatul Qadar,ibarat telah ibadat sepanjang 1000 bulan.Masya Allah..Maha Suci Allah!
Allahualam..Jazakallah =)
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)
mohon share-luke
ReplyDeleteboleh abg =)
ReplyDelete