Daripada seorang yang tidak solat kepada seorang yang tidak meninggalkan solat adalah susah pada hakikatnya.Daripada seorang yang suka main judi kepada tidak main judi.Daripada seorang kedekut kepada seorang yang pemurah.Sebenarnya adalah susah kerana pastinya Allah Taala akan menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.
Sebagai contoh Nabi s.a.w menyebarkan dakwah Islam yakni menegakkan agama Allah,banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mencapai kejayaan yang penuh gemilang.Begitu juga dengan para sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang ditindas,diejek,dimaki,dicerca,dihina dan sebagainya kerana memeluk islam,bertaubat dan ingin mendekatkan diri kepada Allah.Mereka tidak sesekali sedih,kecewa dengan ujian daripada Allah Taala kerana mereka tahu akan ganjarannya yang dijanjikan Allah.
Sahabat-sahabat nabi seperti Bilal Bin Rabbah yang terpaksa melalui pelbagai dugaan selepas memeluk islam.Beliau diseksa ditengah tengah padang pasir,dadanya dihimpap dengan batu panas,badannya dicucuk dengan besi panas dan sebagainya.Sumaiyyah dan keluarga terkorban kerana memeluk Islam.
Kita boleh ambil pengajaran dan iktibar daripada kisah perjuangan Nabi s.a.w dan sahabat-sahabat baginda.Walaupun pahit seperti dicerca,dimaki,dihina,diejek dan dipukul tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan yang satu yakni Allah s.w.t tuhan sekalian alam.
Itulah hebatnya perjuangan dan pengorbanan mereka untuk kita ambil pengajaran dan kekuatan diri untuk terus dekatkan diri dengan Allah seperti untuk tidak meninggalkan solat,jaga aurat,membaca dan menghafaz Al Quran,menuntut dan mendalami Ilmu Allah dan sebagainya.
Allahualam..
Firman Allah, maksudnya:"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Semakin Dekat Denga Allah Semakin Kuat Ujian
No comments:
Post a Comment