Followers

Wednesday

Mas Kahwin

Mas kahwin atau mahar(bahasa arab) ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.Mas kahwin adalah ibadat yang diwajibkan dan terkandung dalam rukun.

Hukum Mahar
Hukum mahar adalah wajib berdasarkan dalil ayat Al Quran.
Firman Allah s.w.t :
.."Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya".. - (Surah An-Nisaa’: 4)


Cara Membayar Mahar

  • Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunya nilai yang tertentu seperti berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah,kebun,mengajar atau membaca Al Quran,mengajar ilmu agama,senaskah kitab Al Quran,sejadah,telekung dan sebagainya.
  • Mahar juga boleh dibayar secara tunai,bertangguh ataupun hutang.
  • Jika secara hutang suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan syubhah atau salah seorang mati.
  • Jika suami mati,waris wajib membayar kepada ahli waris isterinya.
  • Jika diceraikan sebelum bersetubuh,hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya.
  • Jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh,isteri wajib memulangkannya separuh daripada nilai mahar.
  • Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.
Sekadar Hiasan

2 comments:

  1. pemberian hantaran pula bagaimana? adakah ianya wajib?

    ReplyDelete
  2. hantaran tak termasuk dalam hukum munakahat.yang wajib hanyalah mahar / mas kahwin seperti yg disebut dalam Al Quran..
    jadi,wang hantaran tak wajib.Allahualam =)

    ReplyDelete