Followers

Thursday

Ibadah Korban

Ibadah Korban hukumnya adalah sunat muaakad bagi yang berkemampuan dan hukumnya makruh  bagi yang mampu tetapi tidak melaksanakannya.

Pengertian Korban 
Bahasa : Nama yang diberikan terhadap apa yang dikorbankan pada hari raya aidil adha.

Syarak : Menyembelih haiwan yang tertentu dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t pada waktu khusus (Hari Nahar).

Hikmah Berkorban
  • Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang tunduk dan patuh dengan perintah Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.
  • Menanamkan rasa kasih dan sayang diantara orang kaya dan orang miskin.
  • Melahirkan tanda syukur kepada Allah Taala.
Syarat Sah Ibadah Korban
  • Haiwan hendaklah dalam keadaan sempurna dan tidak cacat.
  • Korban beserta dengan niat.
Dalil
[1]Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).[2]Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).[3]Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

Fadhilat Korban
Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: 
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 

Rasululllah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: 

Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi) 

Nabi s.a.w bersabda ..“Sesiapa yang mempunyai kelapangan (mampu), tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.” 


Firman Allah..

Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu"..
(Surah Al-Haj ayat 37 )

No comments:

Post a Comment