Mengumpat berlaku secara sedar ataupun tidak,perbuatan itu termasuklah menceritakan keburukan dan keaiban seseorang.Manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras pastinya tidak sanggup untuk mengumpat kerana dosanya sama seperti memakan daging saudaranya sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w.."Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.
Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"
(Hadis riwayat Abu Daud)
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".
Kadang-kadang mulut tersalah atau terlepas cakap tanpa kita sedari.Itu sebab dalam kehidupan seharian kita dituntut untuk saling maaf memaafi antara satu sama lain.Tiada manusia yang boleh lari dari melakukan dosa dan kesilapan.Allahualam..
Pesan Imam Al Ghazali
"Tiada Apa Yang Paling Tajam Di Dunia Ini Melainkan Lidah"
No comments:
Post a Comment