Followers

Thursday

Al Quran

                                       بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Dalam kepesatan kita mengejar arus kemodenan dan pembangunan,masih lagi ramai yang tidak tahu membaca Al Quran dan juga masih ramai lagi yang belum mengkhatamkan Al Quran.Apabila di tanya apa itu Al Quran?Pasti ramai yang akan jawab,kitab Allah yg di turunkan kepada Nabi Muhammad dan satu2nya mukjizat yang tinggal untuk kita dan tidak akan luput sehinggalah hari kiamat..Masya Allah..Pandai jawab tapi persoalannya berapa ramai yang pandai membaca Al Quran?

Al Quran vs Novel vs Buku Buku Am.Pastinya pembaca novel dan buku am lebih ramai berbanding membaca kitab suci Al Quran.Apa yang ana nampak sekarang ni,tidak ramai yang pandai membaca Al Quran.Baca Al Quran tergagap gagap,tajwidnya apatah lagi.Masya Allah..Akhir Zaman!
Sedangkan ramai yang tahu,Al Quran antara penyelamat kita di alam kubur kelak.Rajin baca novel dan buku.Kena rajin jgklah membaca Al Quran.Biar seimbang!

Kadang2,ana terfikir sejenak.Ramai kerja tinggi,belajar tinggi,gaji tinggi,cakap mat saleh cair habis,cakap cina,india dan bahasa2 lain lancar terus,pakai kereta besar,rumah besar.Tapi apabila di minta mengaji Al Quran ramai yang mengelak.Kenapa perkara ni berlaku?Benar apa yang di katakan di dalam hadis.Dunia semakin hampir dengan kiamat!

Memang tidak salah membaca buku-buku,itu pun ilmu tetapi persoalannya.Apakah dapat menandingi pahala dengan membaca buku semata mata tanpa membaca Al Quran?Ingat!Setiap ayat yang kita baca adalah pahala.Ana ingin berkongsi sedikit tentang Al Quran dan Fadilat2nya..Sekadar renungan dan peringatan untuk ana dan sahabat2 yang sentiasa mengikuti blog ana..Insya Allah..

Al Quran
Kitab Suci Umat Islam Al Quran Al Karim

Al Quran ialah kitab suci yang di wahyukan oleh Allah taala kepada Nabi Muhammad s.a.w melalaui malaikat Jibrail.Al Quran mengandungi berbagai bagai pengajaran,hukum hakam,perundangan dan peraturan lengkap sebagai panduan umat Islam.Al Quran di turunkan oleh Allah s.w.t kepada semulia mulia makhluk iaitu Nabi Muhammad melalui semulia mulia malaikat Jibarail,pada semulia mulia bulan iaitu bulan Ramadhan,di semulia mulia tempat iaitu Mekah,dalam semulia mulia bahasa iaitu Bahasa Arab.Al Quran itu sempurna!

Fadhilat Membaca Al Quran

  • Membaca Al Quran adalah berdialog dengan Allah s.w.t
  • Mendapatkan kemuliaan di sisi Allah s.w.t
  • Mendapatkan tempat di syurga bersama para rasul
  • Mendapat syafaat Al Quran pada hari kiamat
  • Satu huruf Al Quran mempunya 1 kebaikan yang pahalanya menyamai 10 kebaikan
Al Quran Menurut Hadis
  • "Sebaik baik orang ialah yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya"
  • "Tidak boleh iri kecuali kepada orang yang memahami Al Quran seta mengamalkannya siang dan malam"
  • "Ibadah umatku yang paling utama ialah membaca Al Quran"
  • "Terangilah rumah mu denga solat dan membaca Al Quran"
  • "Al Quran adlaah hidangan daripada Allah,maka janganlah kamu menjauhinya"
Kesimpulan
  • Sebaik baik penawar hati adalah dengan membaca Al Quran
  • Bacalah Al Quran kerana ianya kunci untuk menaikkan darjat
  • 3 hari berturut turut tidak membaca Al Quran,maka akan ada satu titik hitam pada hatinya
  • 1001 rahsia kunci kejayaan ada di dalam Al Quran
  • Al Quran penyelamat di dunia dan akhirat kerana sabda nabi "al quran dapat memberikan syafaat

Apa yang ana tulis adalah sebagai renungan bersama.Untuk diri ana dan sahabat2 lain..Perkara baik kita sebarkan,perkara buruk kita simpankan..Allahualam=)


Surah Pembukaan ialah al Fatihah kerana surah ini di jadikan pembukaan dan permulaan Al Quran..



Jadikan Al Quran sebagai panduan hidup..
Nescaya selamat dunia & akhirat..
Insya Allah..

2 comments:

  1. Anonymous6/30/2011

    btl wan..lebh2 lagi ore duk kat bandar kl ni.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6/30/2011

    terlalu mengejar dunia sapa sanggup lupakan akhirat..akhir zaman wan....

    ReplyDelete