Followers

Friday

Fadhilat Membaca Al Quran

Kelebihan Membaca Al Quran :

  • Al Quran menjadi pelindung kepada kita di akhirat kelak.
  • Pembaca & Pendengar ayat-ayat suci Al Quran,Allah akan memudahkan segala urusannya didunia dan akhirat.
  • Allah memudahkan segala urusan pembaca & penghafal Al Quran didunia & akhirat.
  • Segala urusan akan menjadi lancar dan mendapat ketenangan hati setiap masa.
  • Rezeki tidak putus-putus selagi mana mengamalkan membaca kitab Al Quran.
  • Barang siapa yang mendengar ayat-ayat suci Al Quran akan mendapat 1 kebajikan dan pembaca Al Quran akan mendapat 100 kebajikan.
  • Sesiapa yang membaca surah yasin dipagi hari,segala hajatnya akan dihajati.
  • Wajahnya akan berseri seri seperti cahaya,cahaya itulah cahaya Al Quran.
  • Sesiapa yang menghafal dan mengamalkan surah Al Mulk,nesacaya akan terhindar dari seksa kubur dan perbuatan sihir.
Kerugian yang tidak membaca Al Quran!
  • Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni. Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

    Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
  • 3 hari tidak membaca Al Quran,akan ada satu titik hitam dalam hati.
  • Tidak mendapat syafaat daripada Al Quran di akhirat kelak.

Orang yang rugi adalah orang yang tidak mahu membaca dan mendengar ayat-ayat suci Al Quran Al Karim kerana Al Quran akan menjadi pelindung kepada umat Nabi s.a.w di kubur & akhirat kelak kerana salah satu soalan dalam kubur adalah Apakah Kitabmu?Hanya pembaca & pendengar yang akan dapat jawab Al Quran KitabKu! Allahualam..

-masih ada yang tidak tahu bila Al Quran diturunkan-

"Aku Beriman Dengan Al Quran"

1 comment:

  1. Anonymous8/31/2013

    harap boleh beramal.........

    ReplyDelete