Followers

Monday

Golongan Fasik

Assalamualikum w.b.t
Apa yang ana perhatikan selama ini banyak berlaku sekarang ni.Contohnya ramai yang berdakwah dan menyebarkan Islam melalui Fb,blog dan sebagainya di dalam dunia internet tapi sayangnya hanya pandai bermain kata-kata tetapi tidak melaksanakan.Firman Allah s.w.t
'Mengapakah kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri? (Al-Baqarah: 44)

Ramai yang ada di dalam internet yang menyebarkan Islam dan berdakwah melalui laman sosial tapi sayangnya ramai yang tidak membuat seperti apa yang di perkatakan.Menyuruh orang lain berbuat baik dan sentiasa patuh pada perintah Allah taala tetapi diri sendiri? Inilah yang berlaku pada masa sekarang.


Firman Allah s.w.t
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah al-Hujurat :49)




"Hati-Hati Denga Orang Fasik Kerana Golongan Ini Akan Menceritakan dan Menyebarkan Keburukan Orang lain  Sehingga Dirinya Disanjung "..

1 comment: