Followers

Tuesday

Imam Hebat!!!

Pengalaman yang ana tidak akan lupakan!

Semalam ana dan sepupu ana (wan ikhwan syafik) berbuka puasa di Kg Baru,Kl sebabnya nak pergi cari barang untuk raya yang akan datang ni.Selesai berbuka puasa,ana dan sepupu ana terus ke Masjid Jamek Kuala Lumpur untuk menunaikan solat maghrib.Orang kata,selesaikan urusan ukhrawi terlebih dahulu baru selesaikan urusan duniawi (yang wajib dah selesai baru seronok nak jalan2 ^_^  ) dan memandangkan solat Isya' semakin hampir,ana ambil keputusan untuk terus stay dimasjid tersebut.

Selesai solat isya,seorang anak muda telah memimpin salah seorang imam di situ ke depan untuk mengimamkan solat tarawih.Ana pelik,kenapa imam yang masih muda,dipimpin dan dibantu oleh orang lain ke depan.Bermula lah solat tarawih,masya Allah merdu sungguh suara imam yang dipimpin tadi tu.Nyaring,bertenaga dan merdu.Seorang tahfiz yang hebat!

Kemudian selepas rakaat ke 10,berlaku pertukaran imam.Itulah kebiasaanya berlaku,selesai 10 rakaat,akan ada pertukaran imam kedua.Apa yang berlaku,imam tersebut dipimpin dan dibantu oleh makmum lain untuk ke belakang.Ana tengok dengan tepat ke wajah imam tersebut.

Maha Suci Allah..Rupa-rupanya imam yang baru sahaja pimpin untuk solat tarawih itu seorang imam BUTA!Ana terpegun dan mula berfikir,seorang yang cacat penglihatan mampu untuk pimpin ratusan jemaah untuk menunaikan solat tarawih bersama sama.Seorang buta mampu menghafaz ayat ayat suci Al Quran dengan lancar.Mampu mengalunkan bacaan yang nyaring dan merdu.Hebat!

Itulah kelebihan yang Allah berikan pada seorang insan istimewa.Kita yang masih mampu melihat,belum tentu lagi dapat membaca al quran dengan lancar.Apatah lagi menghafal ayat-ayat Al Quran.Demi Allah..Ana malu dengan Imam Istimewa di Masjid Jamek,KL.Semoga Allah memberkati beliau dunia dan akhirat.Jazakallah!

Masjid Jamek KL


1 comment: