Followers

Thursday

Fesyen Tudung

Dunia semakin pelik itulah hakikatnya yang perlu di terima oleh kebanyakkan perempuan.Ramai perempuan yang bertudung tetapi tidak mengikut hukum yang di tetapkan oleh syara'.Ramai yang memakai tudung hanya kerana mengikut trend masa kini..

Ramai juga yang bertudung kerana mahu menutupi rambutnya semata mata kerana rambut tidak cantik,tersalah potong dan sebagainya.Ini membuktikan bahawa bertudung bukan kerana Allah tetapi ingin memelihara kecantikan duniawi.Ada juga yang bertudung kerana mendapat teguran kawan.Contoh "ko sesuai pakai tudung nampak lawa,klu ko tak pakai muka ko tak lawa.lagipun rmbt ko kan kerinting".Masya Allah..Bertudung kerana ingin cantik di mata kawan-kawan dan masyarakat.Bukan kerana Allah.

Terdapat juga kaum wanita yang bertudung menampakkan bentuk badan,baju jarang sehingga menampakkan bahu,kain terbelah,baju singkat,seluar ketat dan macam-macam lagi.Adakah ini bertudung kerana Allah atau trend masa kini?Memang tidak di nafikan orang yang bertudung bagus berbanding dengan orang yang tidak bertudung kerana menjaga aurat rambutnya tetapi aurat lain?

Jangan jadikan tudung ini sebagai satu trend semata.Tutuplah kerana Allah,bukan kerana fasyen!Aurat bukan sahaja terletak pada rambut sahaja tetapi semua keseluruhan anggotan badan kecuali muka dan tapak tangan.ingalah!Allah maha melihat dan maha mengetahui.

Memakai tudung beerti kita sudah pun mengikut syariat yang di tetapkan oleh Allah s.w.t ke atas hambanya (perempuan).Tetapi persoalannya.Adakah kita telah menutup segala aurat sepertiman Firman Allah s.w.t..

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)






Sekadar perkongsian dan renungan bersama..Allahualam..

3 comments:

  1. salam, susah nak lawan perkembangan fesyen, material kain-kain dah tak sama macam dulu. jujur saya pun kecewa dengan fesyen Islam yang tengah berkembang sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah ... Sekarang ni serban pun dah dijadikan trend untuk wqanita

      Delete
  2. Anonymous8/03/2022

    Baikjadi during sendiri

    ReplyDelete