Followers

Monday

Gelaran Seseorang

                                        بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum..Hari ni nak cerita skit soal panggilan ke atas seseorang. =)

Ramai yang mempunyai nama yang indah,cantik dan mempunyai maksud yang baik tetapi gelaran?Emm..tak menarik dan tidak mempunyai maksud!Sudah menjadi trend dan adat terutamanya masyarakat melayu islam di negara ini untuk meletakkan nickname seseorang.

Nama..Masya Allah,cantik!Stit Khatijah..Nama isteri Nabi s.a.w tetapi apabila di tukar kepada panggilan glamour 'kat' atau 'katy'.Ramai yang suka di panggil  dengan panggilan ringkas dan glamour.Sebagai contoh dan kebiasannya dialog seperti ini akan berlaku..

A : Nama siapa?
B : Muhammad 
A : Nak panggil apa?
B : Ikut awak la nak panggil apa.
A : Panggil mat je la senang.
B : Memang ramai yang panggil saya mat.

Nama yang di berikan oleh ibu ayah kita sungguh indah dan membawa maksud yang sangat cantik..Ramai yang tidak suka namanya di panggil dengan nama yang penuh,bahkan suka yang ringkas-ringkas dan pendek.Contoh..Nama Farhan yang membawa maksud kegembiraan tetapi apabila di panggil dengan nickname "paan".Nama Saifullah yang membawa maksud pedang Allah tetapi di panggil "epul".Nama Nadia Farhana yang membawa maksud murah dengan senyuman,apabila di panggil "nad: atau "nana" dan macam-macam lagi nama gelaran yang glamour ni.

Lepas ni kita ubah panggilan nama ringkas kita kepada yang asal.Ingat!Setiap kali orang panggil nama kita dengan nama penuh,setiap kali tu rahmat Allah akan turun.Jangan di ubah dan di ringkaskan nama kerana sabda nabi "kata kata adalah doa".renung2kan =)

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda :

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)


6 comments:

  1. Nama Amirul Syafiq = Ketua Yang Penyayang
    Orang Pangil Migo.... Lagi Pelik....
    So Ko Panggil Aku Syafiq....

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/04/2011

    betul tu..ambo setuju...namo ambo lokman tapi gak oghe kg pggl kemey..x kno lagu tow..he he he

    ReplyDelete
  3. Fazni =
    Fahmi = Kefahamanku
    Farhan = Kegembiraanku
    Fadhlin =
    Fakhruddin =

    adik tolong masukkan maksudnya..tanya mama..

    ReplyDelete
  4. fadhlin = keutamaan
    fakhruddin = kebanggaan agama

    semua adik beradik kita bermula F. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous5/10/2012

      salam akhi blh tak tolong terjemahkan nama harmizi?

      apa ya? sudah lama mencari.. klu blh akhi tolong.. sb klu ada mksud nama dalam islam, nk bagi nama utk anak :)

      Delete
  5. Anonymous1/17/2014

    Xsalah sanya persuruh Allah nma Harmizi tu sbbnma saya Harmizi

    ReplyDelete