Followers

Friday

Wanita Solehah Insan Istimewa

Kau Di Gelar Sebagai Penyeri Dunia
Hadirmu Melengkap Hubungan Manusia
Bukan Sahaja Di Rindui Yang Biasa
Malah Adam Turut Sunyi Tanpa Hawa

Akalmu Senipis Bilahan Rambut
Tebalkanlah Ia Dengan Limpahan Ilmu
Jua Hatimu Bak Kaca Yang Rapuh
Kuatkanlah Ia Dengan Iman Yang Teguh

Tercipta Engkau Dari Rusuk Lelaki
Bukan Dari Kaki Untuk Di Alasi
Bukan Dari Kepala Untuk Di Junjung
Tapi Dekat DiBahu Untuk Di Lindung
Dekat Jua Di Hati Untuk Di Kasihi
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi

Didiklah Wanita Dengan Keimanan
Bukannya Harta Ataupun Pujian
Kelak Tidak Derita Berharap Pada Yang Binasa
Engkaulah Wanita Hiasan Duniawi


Mana Mungkin Lahir Bayangan Yang Lurus Elok
Jika Datangnya Dari Kayu Yang Bengkok
Begitulah Peribadi Yang Di Bentuk
Engkaulah Wanita Istimewa

Sedarilah Insan Istimewa
Bahawa Kelembutan Bukan Kelemahan
Bukan Jua Penghinaan Dari Tuhan
Bahkan Sebagai Hiasan Kecantikan
Wanita Insan Istimewa

2 comments:

  1. Anonymous7/08/2011

    lelaki soleh dapat menilai yang mana permata dan yang mana kaca ;)

    ReplyDelete
  2. Anonymous7/08/2011

    Mana Mungkin Lahir Bayangan Yang Lurus Elok
    Jika Datangnya Dari Kayu Yang Bengkok
    Begitulah Peribadi Yang Di Bentuk

    *mendalam maksud ni..hope dpt lelaki soleh.aminnnn :)

    ReplyDelete